Sunday, February 26, 2012

#04 keHAdiRAN mu ... ♥ ♥ ♥


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ... 


Kelak kehadiranmu dalam hidupku menggantikan TANGGUNGJAWAB ayahandaku dalam memimpinku. Engkau umpama PAKAIAN bagiku dan aku pakaian untukmu. Pimpinlah aku agar mampu menjadi pembantumu di dunia. Dan pendampingmu di akhirat kelak ….

insya'ALLAH ...

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLAH swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaanNya, kerana ALLAH swt Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)


>>> ALHAMDULILLAH .. Anugerah dariNYA .. (^_^)








Assalamualaikum ^^ syukran kerana sudi berkunjung ke blog saya .. semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberi mafaat kepada sahabat2 semua .. ShaRE is CAring ..insya'ALLAH .. sama2 kita sebarkan ILMU yang bermanfaat kepada semua sahabt2 kita ^^ uKHuwahFIllah abADAn abaDA .. AIsYAh YUsRa ^^..

Kaifa halukunna ?? ^^



ISTIQAMAH!
Bila disebut tentang istiqamah,
Seolah kita dihantui.
Bila disebut tentang istiqamah,
Seolah jantung berdegup kencang.
Kerana susahnya untuk menjamin diri sendiri untuk terus istiqamah.
Kerana hati manusia ini memang sifatnya sentiasa berbolak-balik.
Iman yang sentiasa turun dan naik.
Dugaan dan cabaran takkan pernah henti berkunjung.
Dunia ini bukan seindah yang kita impikan.
Istiqamah juga bukan sesenang yang kita impikan.
Memerlukan pengorbanan yang tinggi !
Memerlukan azam dan himmah yang kuat !
Memerlukan matlamat yang jelas !
Bagaimana Rasulullah istiqamah?,
Bagaimana para sahabat juga istiqamah?,
Bagaimana para dua’t agung yang juga istiqamah?,
Begitulah keistiqamahan kita sewajarnya
Istiqamah yang ada pada dirimu sekarang,
Bentuk dengan penuh tarbiyyah dan sifat-sifat yang mulia,
Bentuk dengan acuan iman dan taqwa,
Dipadukan dengan matlamat yang jelas,
Agar istiqamah itu terus subur dan berkembang ,
Menjadi haruman untuk diri kita sendiri dan rakan seperjuangan sekeliling.
Istiqamah atau tidak,
Bergantung pada diri sendiri,
Jalan ini memang sentiasa memerlukan hati-hati yang terus istiqamah,
Jika bukan kita, maka orang lain bakal menggantikannya..

" Katakanlah 'Amantubillah' (Aku beriman kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap  berada dijalan-Nya)."
( HR Muslim )


Assalamualaikum ^^ syukran kerana sudi berkunjung ke blog saya .. semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberi mafaat kepada sahabat2 semua .. ShaRE is CAring ..insya'ALLAH .. sama2 kita sebarkan ILMU yang bermanfaat kepada semua sahabt2 kita ^^ uKHuwahFIllah abADAn abaDA .. AIsYAh YUsRa ^^..

Tuesday, February 21, 2012

di HARI kebahagiaan ku dan dia ... satu hari nnt ...


IMAM AL-GHAZALI

PeSaNaN KePaDa aNaK PeReMPuaNnYa Di HaRi PeRKaHWiNaNnYa

Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.......
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu,
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan 
ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadilah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya,
nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya.....
Dengan cara demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau,
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, 
maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah,
Peliharalah hidung,telinga dan matanya.....
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu
Daripadamu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu 
Daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu 
Daripadamu melainkan yang cantik belaka...


Semoga Menjadi Isteri yang Solehah ♥





Assalamualaikum ^^ syukran kerana sudi berkunjung ke blog saya .. semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberi mafaat kepada sahabat2 semua .. ShaRE is CAring ..insya'ALLAH .. sama2 kita sebarkan ILMU yang bermanfaat kepada semua sahabt2 kita ^^ uKHuwahFIllah abADAn abaDA .. AIsYAh YUsRa ^^..

Saturday, February 18, 2012

seLAmaT kemBAli ke KAMpus ....

ALHAMDULILLAH ...


dengan nilmat yang masih x pernah putus dariNYA ... mash lagi berpeluang tuk berbakti dan berjuang tuk menuntut ilmu pengetahuan ...



Selamat kembali ke kolej kediaman, selamat kembali ke kediaman masing-masing dan selamat kembali ke rutin harian kita sebagai seorang penuntut ilmu dan sebagai mahasiswa namanyaa ^^

Bangun sahabat-sahabat ku sayang ....  wake upp ^^
Usai sudah waktu untuk berehat, abis da waktu bercuti ... bangunkan jiwa dan jasad kita yang masih lagi terngiang panggilan kamar tidur untuk terus merakamkan mimpi. zzzZZZzzz

Ayuh teman-teman !
Sudah tiba masanya untuk kembali fokus kepada pengajian yang masih lagi berbaki
 Habiskan !
Habiskan biar cemerlang !
insya'ALLAH

Pandang sebentar ke masa lalu, ingat kembali pada kesilapan-kesilapan dan kelemahan kita yang perlu diperbaiki dan tidak perlu diulangi lagi.

Kerapkah kita masuk ke kelas ?
Kerapkah kita ponteng kelas ?
Kerapkah kita bertangguh menyiapkan tugasan ?
Kerapkah kita berselisih faham dengan rakan-rakan ?
Kerapkah kita berdoa kepada ALLAH minta dipermudahkan segala urusan ?

Jawapannya ada pada kita sendiri..

Sahabat,


Ilmu itu penyuluh..
Dengan ilmu, mudah bagi kita untuk menelusuri jalan sepanjang kehidupan yang gelap tanpa cahaya petunjuk, iaitu cahaya ilmu.

Ilmu itu umpama air..
Membasahi kekontangan minda yang jahil, melimpahi fikiran dengan siraman pengetahuan, daripada tidak tahu, kepada tahu, daripada tahu menjadi lebih tahu.

Ilmu itu sedekah..
Diberikan dengan ikhlas kepada mereka yang memerlukan, semoga bersama-sama mendapat manfaat dan kebaikan dengannya.

insya'ALLAH 



sama2 kita kembali bersemangat tuk menimba ilmu ..bertapa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita sehari2an ... 
semoga ilmu yang d peroleh memberi manfaat kpd diri kita sendiri dan semua yang berada d sekeliling kita ..
insya'ALLAH

sedikit perkongsian tuk kita semua >>>

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: 
1)Sedekah jariah
2)Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain
3)Anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Assalamualaikum ^^ syukran kerana sudi berkunjung ke blog saya .. semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberi mafaat kepada sahabat2 semua .. ShaRE is CAring ..insya'ALLAH .. sama2 kita sebarkan ILMU yang bermanfaat kepada semua sahabt2 kita ^^ uKHuwahFIllah abADAn abaDA .. AIsYAh YUsRa ^^..