Saturday, April 7, 2012

#11 uJiaN deMI uJIAn .. reDHa dan PASrah ..

innalillahiinnalillahirojiun ...
dariMU akan datang dan kepadaMU jua ku kembali ...
semoga ada hikmah yang besar tersembunyi d sebalik semua nie ...
insya'ALLAH
amin Ya ALLAH


YA ALLAH ... jika telah ENGKAU catatkan dia milikki dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan tue akan abadi. Dan YA ALLAH YA TUHAN ku yang MAHA PENGASIH, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkanlah yang sejahtera dan abadi.

Tetapi YA ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta YA ALLAH YA TUHAN ku yang MAHA  MENGERTI, berikan aku kekuatan untuk menghadapi masa-masa yang sukar melupakannya, melontarkan bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar diri ini mampu tersenyum kembali dan bhagia, walau tidak bersamanya.

Dan YA ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. YA ALLAH YA TUHAN ku, pasrahkan aku dengan takdirMu. 
Sesungguhnya apa yang ENGKAU takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba MU ini. AKU REDHA YA ALLAH.

YA ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaanku dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan hambaMU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah seorang pasangan hidup yang beriman, supaya aku dan dia dapat sama-sama membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah...

AMIN YA ALLAH ...






Assalamualaikum ^^ syukran kerana sudi berkunjung ke blog saya .. semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberi mafaat kepada sahabat2 semua .. ShaRE is CAring ..insya'ALLAH .. sama2 kita sebarkan ILMU yang bermanfaat kepada semua sahabt2 kita ^^ uKHuwahFIllah abADAn abaDA .. AIsYAh YUsRa ^^..

No comments:

Post a Comment