Friday, January 27, 2012

bahagia diatas kesengsaraan orang lain? boleh bertahan lama kaa ??? =_=

Assalamualaikum..


sekarang i think that i'm quiet famous.. hmmm... < perasaan lagik >


terfikir tentang satu persoalan ... bermain di mindaaa ..... 

bahagia diatas kesengsaraan orang lain? boleh bertahan lama kaaa?? agak2nyaaaa .....

and this is ma answer ... mencuba menjawab mengikut kata hati .....

kita yang mencipta bahagia..kita jua yang mencipta sengsara.. kita hanya manusia yang merancang..perancangan Allah tue lagik maha hebat. Andai tidak bertahan lama, anggaplah ada rencana yang lebih baik Allah sediakan untuk kita.. tukar derita kepada bahagia, kerana tak pernah wujud bahagia jika tiada sengsara. memandang sesuatu pada prespektif yang paling positif, kerana manusia itu magnet yang paling kuat. alam bertindak balas pada kekuatan rohani kita. berfikiran positif mencipta sejuta bahagia walau dalam masa yang sama sekeliling kita sedang berduka. tak bermaksud kita x boleh bergembira jika orang berduka..jadi jika semua sekeliling kita menjadi bodoh. perlukah kita ikut bodoh untuk menjaga hati semua orang.? kita mencipta jalan kita..bukan org sekeliling..kerana jatuh bangun kita, akhirnya kita yang tanggung..orang hanya mampu bersimpati tetapi tidak layak menilai, kerana penilaian itu milik Allah. sedang diri kita sendiri kadang tersalah menilai, jadi apa hak kita untuk menilai dan menghukum orang lain..?



hati...

gembira..

sedih..

derita..

bahagia..

untuk kamu jua aku, bersyukur kerana kamu masih lagi di kurniakan rasa ..bersyukur kerana masih di beri peluang untuk bernafas..bersyukur kerana di beri peluang untuk bertaubat..bersyukur kerana di beri hari esok sebagai anugerah paling berharga..

jangan biarkan pencuri masa silam mencuri kebahagiaan kita pada hari ini, dan jangan biarkan pencuri masa depan mencuri masa bahagia kita pada hari ini..

kata kunci bahagia adalah redha. Jadilah kamu orang yang redha, kerana orang yang redha sentiasa bersyukur dan rasa cukup dengan apa yang ada. Kerana orang yang redha percaya bahawa setiap rencana Allah itu membawa kebaikan pada kita. Bersangka baiklah pada Allah..kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-Nya.

Melangkah walau selangkah menuju Allah..Allah berlari memeluk erat kita. Mengadu dengan esak tangislah pada Allah, maka seluruh dunia akan membuat kita gembira. Yakin dan percayalah..hanya Allah.

 
p/s: biarkan aku juga meluah rasa . . . . kamu bukan siapa-siapa untuk menghalang aku menulis apa aku mahu.
rasa di hati .... biarlah terpendam ... andai d luah ... lain yang terpaham ... =_=

Assalamualaikum ^^ syukran kerana sudi berkunjung ke blog saya .. semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberi mafaat kepada sahabat2 semua .. ShaRE is CAring ..insya'ALLAH .. sama2 kita sebarkan ILMU yang bermanfaat kepada semua sahabt2 kita ^^ uKHuwahFIllah abADAn abaDA .. AIsYAh YUsRa ^^..

No comments:

Post a Comment