Friday, January 27, 2012

husnuzon ... INDAH (^_^)V

6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali 
>> supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:
1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak  melakukan dosa.
2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah  lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.
3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.
4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan  insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.
6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.


Assalamualaikum ^^ syukran kerana sudi berkunjung ke blog saya .. semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberi mafaat kepada sahabat2 semua .. ShaRE is CAring ..insya'ALLAH .. sama2 kita sebarkan ILMU yang bermanfaat kepada semua sahabt2 kita ^^ uKHuwahFIllah abADAn abaDA .. AIsYAh YUsRa ^^..

No comments:

Post a Comment