Monday, January 30, 2012

TIdu .... zzzZZZZZZzzZZZ ...


Memaafkan Seseorang Sebelum Tidur.. Insya'ALLAH..mudah-mudahan, hidup kita sentiasa aman dan hati dan jiwa kita menjadi tenteram.. 

sekadar renungan..



Adalah baik jika kita memaafkan seseorang sebelum tidur kerana dari situ kita akan terasa kelapangan dada. Memendam rasa memang sesuatu yang amat menyakitkan. Namun kita sendiri sedar bahawa memaafkan seseorang yang menyakitkan hati kita bukanlah sesuatu yang mudah kerana diri kita mempunyai ego. Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan kepada kita.

Oleh kerana itulah ada seorang sahabat Rasulullah saw yang mana Baginda telah menyebut-yebut namanya dihadapan sahabat-sahabat yang lain sebagai ahli syurga.Hairan pada sahabat kerana Rasulullah menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak 3 kali dihadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut :

" Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur "

wallahualam ...

P/s >> saya memohon MAAF andai ada silap dan salah yang menyebabkan hati sahabt2 saya terasa dan terguris kerana kelemahan dan kekurangan yg wujud dlm diri ini ... =_=


Assalamualaikum ^^ syukran kerana sudi berkunjung ke blog saya .. semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberi mafaat kepada sahabat2 semua .. ShaRE is CAring ..insya'ALLAH .. sama2 kita sebarkan ILMU yang bermanfaat kepada semua sahabt2 kita ^^ uKHuwahFIllah abADAn abaDA .. AIsYAh YUsRa ^^..

No comments:

Post a Comment